Posts

KAU jatuh kerana Manusia.. Bangunlah kerana KAU ada ALLAH.. Satu-satunya tempat bergantung yang takkan pernah lelah untuk bersama.. Aku percaya pada rezeki yang Allah tetapkan. Pada apa yang Allah bagi..Aku bukan berharap sesuatu dari kau. Aku tak mintak untuk korang sanjung aku tinggi melangit.. Yang aku mintak hanya satu..Ingat janji yg kau buat.. Kita boleh ada dalam kesusahan orang. Kita cuba sedaya upaya utk tolong manusia yang kita anggap sahabat tp ingat, tak mudah bagi seorang sahabat untuk tolong kita bila kesusahan..Janji perlu dipegang bukan dimomokan sahaja...

REDHA

REDHA..kau akan tau bila mak dh tiada..ya..aku akui..aku faham erti redha selepas maa dijemputNYA kembali..aku belajar untuk kuat walau hakikatnya aku lemah..aku belajar untuk terus berdiri walau aku tak mampu..aku belajar untuk tunaikan apa yg aku janji walau hakikatnya aku tak berdaya..selepas tarikh 24/5/16 aku dh tak kuat utk terus melangkah..tapi aku punya janji yg perlu aku tunai.. Maa...org yg aku pinjam semangatnya utk terus disini..untuk terus melakar kejayaan agar dia bangga punya anak seperti aku..tp sumpah..aku tak kuat utk semua ni..aku cuma belajar utk jdi kuat sebb janji aku pada maa..

NAMANYA PERCATURAN

30/10/16 Lama aku tinggalkan blog. Aku imbas tarikh 24/4/16. Kira2 6 bulan lepas. Pagi tu aku cuba mintak tukarkan Ma ke ruangan terbuka sebab malam tu along yang akan jaga sebab aku dh kena balik kolej. Dalam pukul 1 macamtu ma ditukarkan ke ruangan terbuka(berdepan meja doktor dan nurse) utk senang dipantau dan utk senang along nak tunggu. Keadaan Ma alhamdulillah.dh mula kenal orang.dh mula nak makan.dh mula bercakap.Satu tanda positif seleps 3 hari warded. 2.30pm(24/4/16) Abah mintak aku balik kemas barang.malam tu abah nak terus hantar aku ke stesen bas dri hospital. Aku tinggalkan abah dan angah untuk jaga Ma. Aku balik kejap. 4.30 petang aku pegi balik.Dah waktu melawat, ramai kenalan keluarga yg datang. Nampak aku Ma terus mintak makan. Aku excited bila Ma nak makan.terus aku suapkan. Ma ckp dengan abah jgn bg adik balik. Abah?? Dia ckp 'tak boleh.adik kena balik dulu.ada test'..Ma pandang aku..'ADIK!!JANGAN BALIK..JAGA MAA'..terus diam..Maa tolak makanan.

KEHILANGAN

12/6/16 Malam 22/4/16 aku yang jaga..Malam tu Ma okay..Lena tidurnya..Dah tak meracau macam malam sebelum tu..Pukul 3 atau 4 pagi, Ma akan terjaga..Waktu tu biasanya waktu tukar pampers dan cuci berak Ma..Waktu cuci bisanya dia merengek sikit..because she had a wound at her back..She has been classified as a bed ridden person..Walaupun baru sebulan terlantar, tapi luka semakin besar..Dah bermacam cara kitaorang buat tapi kali ni luka Ma memang susah untuk kering.. SABTU(23/4/16) Semua kenalan,sedara mahupun sape saja yang mengenali beliau datang melawat. Jelas kesedihan diwajah setiap yang mengenali beliau..Ya,she is a good person..Beliau melayan setiap sape yang dikenali dengan baik.tak pernah sekali menilai setiap orang yang dikenalinya..Malam sabtu tu aku masih disitu..Masih setia menjaga anugerah Allah..Pukul 4 pagi masih menjadi rutin..Aku tak kuat waktu tu..Nak call Along, aku kesian sebab 2 minggu lebih dia dh handle Ma..Aku call Angah..Mintak dia datang..Lepas Subuh (24/4

KETENTUAN

11/6/2016 Assalamualaikum..Lama aku menghilang..Alhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk terus bernafas..Berbalik pada tajuk posting aku. KETENTUAN..satu perkataan yang mudah kita ungkap tapi sukar untuk kita terima.Tanya lah sesiapapun..Hanya orang pernah alami akan merasai sukarnya untuk menerima.. Tanggal 21/4/2016..Aku terima panggilan telefon dari Abah..Sekitar jam 7.30 malam..waktu tu aku sedang berbuka dengan kawan2 aku.. "Adik, boleh balik dak malam ni"?...aku tanya abah kenapa..yang abah jawab "Baliklah, nanti kita bincang"..Aku terus tengok tiket flight..untuk keesokan harinya penuh..untuk malam tu tak sempat dh..maka aku ambik inisiatif untuk cari tiket bas..Alhamdulillah..ada lagi kekosongan..Dari Skudai, balik ke kolej di Masai untuk ambik apa yang patut kemudian shoot ke Larkin..Allah mudahkan semuanya..Aku sampai di Sungai Petani dalam pukul 7 pagi..Abah yang ambik..macam biasa..pegi sarapan sambil abah bercerita..Waktu tu aku dengar semua pen
MOM "Adik, your mom kena heart attack..dua kali ECG positif jantung..and buah pinggang pun menunjukkan kekurangan untuk berfunsi..relax..you must be strong" 22/01/2016..Hati tersentak..hampir jatuh..ya aku akui aku tak kuat..tak kuat bila kau tengok satu-satunya nyawa kau menangis sakit..Aku ni tak baik macam orang lain sangka..hati aku agak keras..tapi bila tengok nyawa aku dalam keadaan macam tu, aku tak mampu untuk kuat.. Ma memang sakit..tapi kali ni memang aku tak jangka..sepanjang follow up hospital memang takde langsung nampak dia akan kena penyakit jantung..sebelum ni memang dia ada diabetis dan drah tinggi..Around 4 months ago, doktor sahkan dia kena buah pinggang tapi masih boleh dikawal..Walaupun dah banyak kali handle dia bila warded atau sakit, aku masih kuat..TAPI kali ni aku lemah...aku rasa separuh dari jiwa aku sakit.. She everything to me..my bestfriend..my partner in crime..everything that I did just for her and abah..Bila Ma di diagnosed dengan ber
3/2/2016 Permulaan 2016 yang agak suram..Banyak yang masih belum terungkai..masih aku pendam di tahun sebelumnya..Permulaan tahun ni agak menyakitkan..agak menyedihkan..tapi yakin satu je la..apa yang jadi ada perkara indah yang tersembunyi disebaliknya.. Ya..K.E.B.A.H.A.G.I.A.A.N..yang kau akan kecapi hasil ujian bertubi-tubi..jangan pernah mengalah..Allah tu ada..sentiasa ada di setiap bangun dan jatuh kau..Aku pegang kata-kata tu..tapi selagi nama manusia, ya aku akui yang aku banyak mengalah..tapi semangat mak ayah yang buat aku kuat untuk semua ni.. MOM..a greatest give from ALLAH..DAD..is a hero that always be with you